Tuesday, September 8, 2015

KESIMPULAN

Mengikut fatwa yang ada, pemindahan dan pendermaan organ ditentukan sebagai harus dengan syarat-syarat tertentu. Walau bagaimanapun masyarakat Islam di negara ini tidak didedahkan dengan syarat-syarat yang ditentukan menyebabkan dalam amalannya keharusan hukum dianggap sebagai tanpa syarat. Oleh yang demikian syarat-syarat keharusan fatwa perlu disertakan setiap kali perkara  ini dirujuk. Memandangkan hukum pemindahan dan pendermaan organ ini difatwakan sebagai harus, maka sepatutnya tidak perlu dijadikan isu kerana ia boleh dibuat atau ditinggalkan tanpa mengakibatkan dosa dan pahala. Walau bagaimanapun oleh kerana ia melibatkan nyawa manusia dan mayat  orang Islam yang perlu dipelihara kehormatannya, maka hukum-hukum yang ditentukan perlu lebih terperinci dengan mengambil kira masalah-masalah yang mungkin akan timbul berkaitan dengan perkara ini. Oleh itu para ulama bukan sahaja bertanggungjawab membuat fatwa, bahkan perlu memperincikan dengan jelas setiap hukum masalah yang mungkin akan timbul berkaitan dengan perkara ini.

No comments:

Post a Comment